home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

buku 

 

 

 

Menunggang Kuda

Rasullullah S.A.W pernah menyarankan supaya kita mengajar anak-anak kita berenang, menunggang kuda dan memanah. Mula-mula dahulu anak saya yang nombor dua (Sarah) beria-ia sangat hendak belajar menunggang kuda. Kakaknya (Sofiah) masuk kelas berenang. Sekarang ni Alhamdullillah kalau di campak dalam air Insya' Allah boleh timbul. Akhirnya saya bersetuju menghantar Sarah ke Penang Country Club untuk megambil lesen menunggang kuda. Saya menunggu tanpa membuat apa-apa dan akhirnya saya juga turut belajar sama. Rupa-rupanya menunggang kuda ni seronok dan baik untuk kesihatan. Biasanya selepas menunggang kuda selama sejam bukan sahaja badan kuda berpeluh-peluh badan kita pun akan basah dengan peluh. Mula-mula belajar dahulu selepas sejam buat trout di atas kuda, bila turun habis longgar lutut. Nak berdiri pun tak boleh. Tapi kini setelah mengetahui teknik yang betul semuanya sudah ok. Kini Alhamdulillah saya dan Sarah sudah boleh menunggang kuda sendiri dan masih terus belajar teknik-teknik yang baru serta perlu lebih mengenali psikologi kuda.

Saya syorkan kalau berminat belajarlah menunggang kuda kerana ia adalah salah satu riadah yang telah disarankan oleh baginda Rasullullah S.A.W. WauAllhu A'lam.MRasullullah S.A.W pernah menyarankan supaya kita mengajar anak-anak kita berenang, menunggang kuda dan memanah. Mula-mula dahulu anak saya yang nombor dua (Sarah) beria-ia sangat hendak belajar menunggang kuda. Kakaknya (Sofiah) masuk kelas berenang. Sekarang ni Alhamdullillah kalau di campak dalam air Insya' Allah boleh timbul. Akhirnya saya bersetuju menghantar Sarah ke Penang Country Club untuk megambil lesen menunggang kuda. Saya menunggu tanpa membuat apa-apa dan akhirnya saya juga turut belajar sama. Rupa-rupanya menunggang kuda ni seronok dan baik untuk kesihatan. Biasanya selepas menunggang kuda selama sejam bukan sahaja badan kuda berpeluh-peluh badan kita pun akan basah dengan peluh. Mula-mula belajar dahulu selepas sejam buat trout di atas kuda, bila turun habis longgar lutut. Nak berdiri pun tak boleh. Tapi kini setelah mengetahui teknik yang betul semuanya sudah ok. Kini Alhamdulillah saya dan Sarah sudah boleh menunggang kuda sendiri dan masih terus belajar teknik-teknik yang baru serta perlu lebih mengenali psikologi kuda. Saya syorkan kalau berminat belajarlah menunggang kuda kerana ia adalah salah satu riadah yang telah disarankan oleh baginda Rasullullah S.A.W. WauAllhu A'lam.

Saya menunggang Polo dan Sarah menunggang Baby Ais

Sekolah di Perkampungan Air, Bandar Seri Bengawan

Pertama kali menjejakkan kaki di Bandar Seri Bengawan Brunei, kami agak terkejut, kerana apa yang kami lihat sangat berbeza dengan tangapan kami sebelum ini . Selama ini kami membayangkan Brunei adalah satu negara yang sangat maju berbanding negara Malaysia, kerana Sultan Brunei adalah antara raja yang terkaya di dunia. Namun apabila meliahat dengan mata kita sendiri rupanya dalam banyak hal rakyat Brunei masih lagi mengekalkan keadaan hidup secara tradisi dan sederhana. Saya berpendapat dalam banyak hal keadaan di negara kita adalah jauh lebih baik.

Lebih lima belas tahun dahulu saya pernah berjalan-jalan di perkampungan air di Kukup Pontian. Pada masa itu kebanyakkan rumah-rumah air di sana sudah dibina menggunakan tiang-tiang kongkrit. Sekolah-sekolah di kampung air di Kukup juga pada masih itu sebahagiannya sudah dibina menggunakan batu. Namun pada 2007 yang lalu semasa berada di perkampungan Air di Brunei kami dapati kebanyakkan rumah-rumah di perkampungan air masih lagi menggunakan tiang-tiang kayu. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Brunei, telah membina rumah-rumah di kawasan darat yang jauh lebih baik namun kebanyakkan rakyatnya masih enggan berpindah dan mahu mengekalkan perkampungan air tersebut.

Walau bagaimanapun kita berbanggakan kerana Brunei adalah satu-satunya negara yang sangat menekankan kesopanan, budaya dan penggunaan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat melalui papan iklan dan sepanduk yang menggalakkan rakyatnya menggunakan bahasa Melayu. Semua papan tanda untuk bangunan pejabat, kedai dan sebagainya mesti ada tulisan jawi. Kami juga difahamkan bahawa baju melayu mesti dipakai semasa menghadiri majlis-majlis kenduru kahwin dan sebagainya. Keadaan di Brunei sangat tenang dan sangat sukar untuk melihat remaja-remaja yang melepak atau berperangai tidak senonoh seperti yang dapat kita lihat di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur.

Bersama seorang penduduk di perkampungan air Bandar Seri Bengawan

Di hadapan sebuah sekolah di perkampungan air

Di hadapan Masjid Omar Saifuddin

KLIK untuk Catatan lain...."

Ziarah ke Korea Selatan
1
Menunggang Kuda
2
Sekolah di Perkampungan Air, Bandar Seri Bengawan
3
Ziarah Bumi Jordan
4
5
Aku di Ladang Anggur di Sik Kedah
6
Di Perkampungan Cowboy dan Red Indian
7
Anggurku Sudah Berbuah
Ziarah Sumatera Utara
9
10
11
12
13 Ziarah ke Turki
14 Ziarah ke Korea Selatan