Ziarah ke Bumi Jordan
Alhamdulillah pada cuti pertengahan semester
2007 bersama rombongan Dr. Nazmi kami sekeluarga telah berpeluang
melawat bumi Jordan yang mempunyai banyak sejarah umat-umat
yang terdahulu. Banyak cabaran yang kami hadapi sebelum
dapat sampai ke sini. Pelbagai perancangan terpaksa diubah
kerana masalah birokrasi terutama bagi mendapatkan visa.
Perancangan utama kami ialah untuk menunaikan umrah dan
akan singgah ke Jordan dalam dua hari sahaja. Di saat-saat
akhir sebelum bertolak pihak kedutaan tidak mengeluarkan
visa. Sedangkan tiket perjalanan sudah dibayar dan di tempah.
Kami telah membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan
walaupun tak dapat visa. Pada mulanya kami akan berlepas
sampai ke Bangkok sahaja. Namun kami teruskan juga sampai
ke Jordan. Di Jordan kami berbincang bagi mendapatkan visa
untuk memasuki Makah. Di Jordan kami sentiasa berbincang
untuk mendapatkan visa tersebut. Segala keputusan dari perbincangan
tersebut, tindakan akan diambil. Tugas saya banyak kepada
hal-hal berkaitan dengan mendapatkan bahan untuk di masak.
Ringgit Malaysia tak laku di Jordan. Nasib baik bawak USD
lebih sikit. Sebab ramai rakan-rakan yang tukar USD sikit
sahaja sebab perancangan awal hanya singga sekejap sahaja
di Jordan ni. Ala kuli hal...berkat doa dan kesabaran serta
sikap tolak ansur sesama ahli rombongan semua masalah yang
berat dapat kami atasi. Sampai satu peringkat orang yang
paling kami hormati di dalam rombongan kami iatu Baba (seorang
guru pondok di Patani) meminta kami semua mengerjakan solat
tobat, sujud syukhor dan solat hajat bagi menyelesaikan
segala kebuntuan. Alhamdulillah setelah berada seminggu
di bumi Jordan dengan pertolongan Allah SWT akhirnya kami
telah memperolehi visa yang diperlukan melalui cara yang
tidak boleh dibayangkan oleh logik akal. Tetapi itulah ketetapan
dan perancangan Allah. Jika Allah khendaki ada jalan untuk
kita mendapatkannya. Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat
meneruskan perjalanan ke bumi Makkah dengan selamat.

Menaiki Air Asia dari KLIA
ke Bangkok...anak sebelah tu sedang enak makan mee segera.
tak tahu apa yang aku sedang fikir...visa untuk memasuki
Makkah belum diperolehi..

Di Bangkok Airport

Alhamdulillah sampai di Terminal bas Aman
Jordan. Agak sejuk...
Melawat makam Nabi Suib

Lembah Suib..kawasan pertanian yang subur
di Jordan

Mandi di Laut Mati.. Di seberang sana ialah
Israel

Di kawasan Gua Ashabul Kahfi

Kota Lama di zaman empayar Rom masih tersergam
kukuh

Kalau di KL tempat ini macam Dataran Merdekalah.
Ramai orang lepak-lepak.

Di pejabat Al-Munasoroh. iaitu satu badan
NGO di Jordan yang menjadi penghubung di dalam menyalurkan
bantuan kepada anak-anak Yatim Palestin

Alhamdulillah dapat bertemu dengan Syekh
Rasyhat, imam Masjidil Aqso yang kini berhijrah sementara
di Jordan kerana tindakan kejam Yahudi. Beliau adalah salah
seorong keturunan Rasulullah. Keturunan Rasulullah sangat
menjaga nasab keluarga mereka kerana keluarga Bani Hashim
tidak layak untuk menerima zakat dan sebagainya. Kami telah
diraikan oleh beliau dengan menum syai' (teh arab)
Kembali
Ke Ruangan Catatan