home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

 

 

Ziarah ke Bumi Oman

Alhamdulillah, catatan ini adalah pengalaman ku ziarah ke bumi Oman pada bulan Disember 2012. Aku singgah di Oman tiga hari selepas mengembara ke bumi Mesir sebelumnya. Sebelum pergi ke Oman aku dah cuba google di internet untuk mencari pelajar atau orang Malaysia yang tinggal di Oman. Rasanya tidak ramai orang Malaysia yang tinggal di Oman. Kalau ada pun kerja dalam bidang profesional, seperti syarikat telikomunikasi dan minyak...Jumpa juga blog orang Malaysia yang duduk di Oman dan cuba tanya itu ini tentang Oman. Ada yang beri response ada yang senyap je...Sebelum ni kalau sebut Oman yang aku teringat ialah Sultan Qaboos yang selalu pakai jubah dan serban..Satu lagi trade mark Oman yang aku tahu ialah Pisau pendek bengkuk yang dinamakan ‘Khanjar’ (merupakan senjata traditional Oman). Oman adalah antara negara Arab yang penduduknya tak ramai (tak sampai dua juta) tapi kaya sebab ada minyak. Dekat dengan Dubai, Qatar, Bahrin... Alakuli hal dari Penang aku telifon kedutaan Oman di Kuala Lumpur tanya itu dan ini terutama prosedur untuk masuk ke Oman. Mula-mula aku speaking, tapi ukhti arab tu boleh cakap melayu...Oh my arobiah....

Muscat Oman

Rumah-rumah di Oman

Kalau untuk tujuan lawatant ke Oman dan tak lebih 10 hari kita boleh ambil visa di airport Oman dengan bayaran R.O 5 (Rial Oman) atau lebih kurang RM40.00 seorang. Tak perlu buat visa di Malaysia. R.O1.00 lebih kurang RM8.00...wuh 8 kali ganda..tinggi lagi duit Oman dari USD....Keluar dari kapal terbang terus masuk ke dalam airport Muscat ada kaunter untuk buat visa. Beratur, sediakan pasport dengan duit je...Bawa duit USD...Di kaunter yang sama boleh tukar USD ke Rial Oman sekali...Aku dah tempah hotel siap-siap online dari Malaysia. Yang penting dah ada tempat nak dituju bila sampai di airport Muscat...Aku tengok dalam google Map hotel yang aku tempah di Al-Khuwaier..hotel paling murah tepi laut, lebih kurang 30 KM dari airport...Satu malam lebih kurang R.O 40.00. Duit Malaysia kali 8...huh tak boleh lama duduk di Muscat. Kalau tauke minyak boleh lah....

Airport Oman

Masuk je di airport Oman terkejut...sebab yang ramainya orang Bangla..India..Pakistan..Sedang beratur untuk masuk ke negara Oman. Mungkin mereka datang untuk bekerja. Orang Oman sikit sangat...Orang Oman ni senang nak kenal..yang lelaki pakai jubah dan kopiah tinggi atau pakai serban..pegawai ke, atau pemandu teksi sama je...jarang nampak yang pakai seluar dan kemeja kalau di Oman...Yang perempuan pun pakai jubah..ramai yang pakai furdah..kecuali yang duduk di kaunter airport biasanya tak pakai furdah..Pekerja bahagian cuci angkat barang...kerja-kerja buruh semua orang luar..Bandar Muscat ni sangat bersih. Orang arab Oman nampak tertib...cakap pun lembut. Aku nampak ada sepasang orang eropah bawa dua orang anak kecil sedang beratur untuk berurusan di kaunter, tapi anaknya meragam dan menangis, pegawai di airport itu, beri laluan kepadanya untuk pergi ke kaunter lain untuk dipercepatkan urusannya....

Airport Muscat

Keluar airport lebih kurang jam 12.00 malam, terus cari teksi air port..banyak teksi yang sedang menunggu. Harga dah ditetapkan di kaunter yang telah disediakan. Dari airport ke hotel di di Al-Khuwaier kena bayar R.O 7.00 satu teksi. Jaraknya lebih kurang 30 KM..teksi canggih, kurang-kurang pun Toyota Camry. Kena ambik dua teksi sebab barang banyak...Tak sampai 15 minit dah sampai. Jalan besar lebuh raya bertingkat-tingkat..susah nak jumpa lampu trafik...Nampak kereta besar-besar dan baharu...Susah nak cari kereta buruk...Orang sana cerita kereta di Oman sangat murah, minyak murah, road tax tak payah bayar...kalau di Malaysia boleh macam ni kan best...Jalan-jalan bersih..susah nak jumpa sampah..Hotel di Muscat ni siap ada dapur..kalau nak masak sendiri boleh je...

Teksi Pak Arab

Punduk Dolphine di Al-Khuwaier

Pagi di Muscat sangat berbeza kalau nak banding di Malaysia...Pagi-pagi lengang je.Nampak rumah banyak..Bentuknya kotak-kotak macam di nega arab lain...tak kerja ke orang Oman ni.. Yang nampaknya orang luar..Bangla, India, Pakistan, Filipina..kerja bersihkan jalan, buat bangunan, penyambut tetamu hotel....Pukul 12.00 tengahari kedai banyak tak bukak lagi..Rupanya kedai dan pasar mula dibuka lepas asar...lebih kurang jam 4.00 petang waktu Muscat..Biasanya kedai akan dibuka sehingga jam 10.00 malam. Pagi-pagi tak tahu nak buat apa. Nasib baik internet di hotel laju....Anak-anak aku adalah aktiviti...taklah bosan sangat.

Waktu pagi di Muscat...lengang dan tenang

Tak macam di Mesir kat area aku duduk ni tak banyak masjid..Masjid ada, tapi jauh sikit..Aku tak pasti lagi di Oman ni ikut mazhab apa..Kalau pergi masjid kebanyakkannya masa solat, dia orang tidak letak tangan ke dada..lurus je tangan ke bawah masa berdiri membaca fatihah.. Yang lain sama je... Dari apa yang aku baca dari internet ada 3 fahaman di Oman. iaitu ibadis, sunni dan shia.Tapi yang lain lebih kurang sama je dengan amalan orang Islam di tempat lain..Majoriti orang Oman mestilah Islam..nampak Islamik...Pemandu teksi yang bawak aku tu pun cerita je pasal Islam dan dari apa yang dia cerita sama je dengan Islam yang aku faham...

Lanskap di tepi-tepi jalan di Muscat yang cantik

Lepas solat zohor baru aku bawa anak-anak aku berjalan. Bulan Disember di Oman rasanya tidak berapa panas..Telifon teksi, kemudian bincang-bincang harga...Aku bercadang nak jalan-jalan di Souk Muttrah...Teksi tu pun bawa kami ke Muttrah..pasar di sebuah bandar lama agak tradisional dan menjual barang-barang tradisional. Aku tenguk kanan kiri jalan ke Muttrah ditanam dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni. Sebahagian besar bunga-bunganya sama yang ada di Malaysia, Contohnya bunga kertas, bunga raya, bunga tahi ayam dan lain-lain. Tapi dijaga dengan baik... Nampak subur dan ceria sekali. Sedangkan asalnya adalah dari kawasan batu pejal dan pasir...tapi guna teknologi nak bagi pokok-pokok itu hidup. Subhanallah...Aku pun puji kecantikan bandar Muscat depan Pak Arab yang bawa teksi tu...Dia pun dengan bangga cerita tentang Oman..Sekejap cakap Inggeris sekejap cakap arab..aku pun belasah layan cakap arab...yang penting boleh faham sudah. Anak-anak aku tolong perbetul kalau Pak arab tu tak faham aku cakap arab...ha.ha. Sampai di Muttrah pasar tak buka lagi...Pak arab tu pun bawak aku ke satu kawasan pentadbiran di Muttrah. Ada istana Sultan Qabus, pejabat-pejabat kerajaan, masjid, kota lama...yang cantiknya ialah lanskap di sekitar kawasan itu..Aku dan anak-anak pun keluarkan DSLR dan snap pemandangan yang cantik-cantik itu.

Lanskap di persekitaran pejabat pentadbiran dan salah satu istana Sultan Qaboos di Muscat

Lepas asar aku pun telifon Pak Arab yang hantar aku tadi, sekejap je teksi tu dah sampai. Dia pun hantar aku ke Souk Muttrah. Baru rasa pasar arab..banyak kain baju, cenderamata, peralatan, minyak wangi dan makanan tradisional arab...Di pasar ni masih boleh tawar menawar, kalau rasa harga ok baru beli..Banyak kedai menjual barangan yang sama, bandingkan harga baru beli. Penjualnya taklah nampak nak paksa-paksa supaya beli, seperti di tempat-tempat lain..Ada juga yang berniaga ialah orang luar,seperti Pakistan dan India..Ada satu makanan tradisional di Oman kena beli iaitu halwa (manisan)..Sedap dan tahan lama. Aku pun pusing pasar Muttrah, luas juga..tak sempat habis pusing..beli sikit-sikit sebab kalau tenguk harga secara psikologinya kita akan banding dengan nilai duit Malaysia...akhirnya tak jadi beli. Bagus juga.....Jalan-jalan di Souk Muttrah sampai maghrib. Ramai juga pelancong luar, orang Eropah pun ramai jalan-jalan di Muttrah.

Di sekitar Souk Muttrah

Sebelah malam jalan-jalan di pusat membeli belah di Al-Khuwaeir, Jurujualnya ramai orang India. Bukan sahaja penjualnya orang India, barang-barangnya juga banyak made in India...Punyalah ramai orang asing, di pusat membeli belah yang aku pergi, ada bahagian-bahagian khusus dalam pusat perniagaan tersebut. Ada ruang khusus menjual barangan dari India, Barangan dari Pakistan, Barangan dari Bangladesh, dan barangan dari Filipina.

Hari ketiga, pusing keliling cari kedai kasut...tapak kasut anak aku dah tercabut...memang tak jumpa sebab pagi-pagi kedai banyak tak buka lagi. Satu lagi tempat yang agak menarik untuk dikunjungi di Muscat, ialah Masjid Besar Sultan Qaboos..Kawasannya sangat luas dan di kelilingi taman dan kolam air pancut..Kalau azan baru nak mula masuk kawasan pagar, sampai ke ruang solat mungkin dah habis solat. Nak beritahu luasnya kawasan masjid..Aku pun pusing-pusing kawasan masjid tenguk seni bina dan lanskap yang sangat cantik. Rasa macam dalam syurga dah....Masa'allah..Anak aku yang kecik sekali tanya..Ayah ni masjid akhir zaman ke?...Wallahua"lam...Masjidnya sangat besar tetapi yang datang berjamaah sangat sedikit..Kebetulan masa aku sampai baharu azan asar. Dikatakan masjid ini boleh menampung 20,000 jamaah dan luasnya meliputi 416,000 meter persegi. Terdapat lima menara yang tinggi. Terdapat sebuah perpustakaan yang menempatkan lebih 20,000 buku dalam pelbagai bidang.

Di sekitar Masjid Sultan Qaboos Muscat

Menjelang petang terus bertolak ke airport Muscat...solat maghrib di Masjid kecil sebelah airport..barulah nampak masjid penuh..Lepas tu check in dan masuk semula ke dalam perut Oman Air menuju ke KLIA. Sepanjang aku di Oman seorang pun aku tak jumpa muka melayu..di sana. Dijangka sampai di KLIA jam 8.00 pagi waktu Malaysia. Ini bermakna aku akan solat subuh dalam kapal terbang...Teringat aku tulisan Dr. Zaharudin, sebenarnya kalau nak solat macam biasa dalam kapal terbang pun boleh. Bila masuk waktu subuh, aku ambil whudu' siap-saip dalam bilik air, tenguk arah qiblat dalam screen depan tempat duduk, lepas tu aku pergi jumpa paramugari yang duduk di kabin belakang..Aku tanya boleh tak nak solat. Dengan senang hati mereka bagi aku ruang untuk solat siap lapik dengan selimut bersih..Lepas tu aku pun suruh isteri dan anak-anak aku solat di ruangan itu..Sebenarnya di mana-mana kalau nak solat senang je....Alhamdulillah...Lebih kurang jam, 8.00 pagi kami pun sampai di KLIA, Alhamdulillah selamat kembali ke bumi Malaysia...

Di sekitar Muscat Airport sebelum pulang

Alhamdulillah sampai di KLIA