home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

 

 

Ziarah Umat Islam di Beijing

Catatan ini ialah pengalaman mengembara ke negara Cina pada akhir bulan November dan awal Disember 2011. Negara yang banyak diperkatakan sebagai antara kuasa ekonomi dunia yang menyaingi Amerika Syarikat pada waktu ini. China juga diceritakan sebagai sebuah negara yang telah lama bertamadun iaitu sudah wujud sejak 5000 tahun yang lalu. Pada masa ini China adalah negara beraidologi komunis yang tidak percaya tuhan. Namun dari segi ekonomi, menunjukkan ke arah kapitalis. Islam dikatakan telah lama sampai ke negara Cina iaitu lebih 1400 tahun yang lalu melalui sahabat Nabi S.A.W. Antaranya Saad bin Abi Waqas, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan lain-lain. Islam dikatakan telah berkembang pesat di negara China, namun kita juga sering mendengar umat Islam ditindas dan masjid-masjid ditutup terutama di era penguasa Mao Zedong.

Kami anak beranak seramai lima orang telah bertolak ke Beijing melalui Tien Jein pada 27 November 2011. Beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum pergi ke China.... Perkara utama ialah perlu dapatkan visa untuk masuk ke negara China. Pengalaman pahit tidak dapat visa di saat-saat akhir sebelum ini amat menjadikan aku lebih berhati-hati. Perkara lain yang aku fikirkan ialah tentang perubahan musim sejuk, makanan halal, solat dalam perjalanan dan sebagainya. Sebelum bertolak kami telah membuat persediaan dengan membaca catatan-catatan perjalanan mereka yang pernah pergi ke China melalui internet. Kami telah bertolak akhir bulan November dan kembali awal Disember. Seperti kebiasaan masa itu adalah musim sejuk dan salji mulai turun. Antara perkara yang dicadangkan ialah membawa pakaian sejuk (jacket tebal) termasuk longjong, sentiasa membawa botol kosong. Ini adalah kerana kebanyakan tandas di Cina tidak ada paip air. Maklumlah kita orang Melayu sudah biasa kalau ke bilik air mesti ada paip air. Satu lagi ia akan kita gunakan untuk mengambil whudu' ketika hendak solat. Selain itu sebelum bertolak aku minta anak aku print siap-siap jadual waktu solat di Beijing untuk sepanjang berada di sana termasuk nombor telifon kedutaan Malaysia. Seelok-eloknya bawa kompas untuk panduan arah kiblat. Di Beijing kami akan menggunakan perkhidmatan ground package yang menawarkan Muslim Package yang telah diuruskan dari Penang melalui Bahrul Mazi. Kami telah dijanjikan seorang Islam sebagai tourist guide sepanjang seminggu kami berada di sana.

LCCT KLIA

Bertolak dari LCCT KLIA pada 26 November 2011. Berlepas jam 8.30 pagi dan perjalanan menuju Tian Jin dengan Air Asia mengambil masa 6 jam. Tiba di Lapangan terbang Tian Jin lebih kurang jam 2.30 petang. Tiada perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan Beijing. Cuaca sangat sejuk...Waktu siang pendek dan malam panjang. Jam 3.00 petang dah masuk waktu ashar. Bila keluar dari Air Port sudah ada seorang tourist guide yang menunggu kami memegang kertas yang terpapar tulisan sedang menunggu kami. Tourist guide tu seorang perempuan dan sangat fasih berbahasa Inggeris tetapi bukan Islam. Beliau memberitahu kami sekeluarga akan terus di bawa ke Beijing yang mengambil masa kira-kira 2-3 jam dengan menaiki van. Aku menjangkakan akan sampai di Beijing dalam jam 5.30 petang. Tentunya dah masuk maghrib dan akan terlepas waktu ashar. Aku tanya, ada tak tempat solat. Beliau mengatakan tidak ada dan di sepanjang perjalanan kalau ada masjid pun biasanya telah dikunci apabila habis waktu solat. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk solat jama' di air port. Aku, isteri dan anak-anak mengambill whudu' di tandas guna botol kemudian bentang sahaja jacket sebagai sejadah dan solat di tepi restoran KFC. Anak-anak aku dah pakai pakaian menutup aurat tak perlulah tukar-tukar telekung seperti di Malaysia. Bila tourist guide tu tengok kami solat mereka pun banyak bertanya tentang Islam dan hal-hal berkaitan solat dan orang Islam. Bagus jugak.....Kalau di zaman Mao..mungkin kami dah kena tangkap atas kesalahan bersolat, seperti yang pernah aku baca dalam kisah-kisah sejarah komunisme...

Beijing musim sejuk

Tien Jein adalah kawasan industri. Sepanjang perjalanan kelihatan banyak lori-lori kontena membawa barang-barang dari kawasan perkilangan. Cuaca redup dan berkabus. Pokok-pokok hanya tinggal dahan dan daun-daunnya telah gugur menandakan sudah tiba musim sejuk. Sampai di Beijing sudah maghrib terus di bawa ke sebuah restoran Islam. Kami telah di pandu oleh seorang turist guide yang lain. Namanya Jenny, juga bukan orang Islam, seorang yang tidak ada kepercayaan agama. Mulanya agak terkilan sebab janji nak di beri pemandu orang Islam tetapi tidak seperti yang dijanjikan. Namun semuanya itu tentu ada hikmahnya. Di luar restoran tertera Mutta'am Islami dalam tulisan Arab. Bila masuk ada tulisan bismillah, tetapi semua pekerja perempuannya tidak menutup aurat. Tak dapat beza antara muslim atau bukan muslim. Kenapa? menjadi tanda tanya....Di satu sudut kelihatan botol-botol arak. .Boleh dikatakan semua restoran Islam yang dikunjungi selepas itu, keadaannya serupa, Antara alasannya ialah arak untuk pengunjung yang bukan Islam, sekiranya tidak disediakan pengunjung bukan Islam tidak datang kerana pengunjung Islam hanyalah minoriti sahaja. Waallahua'lam...mudah-mudahan keadaan ini akan berubah suatu hari nanti...Takbir!!... Namun ramai pengunjung yang kelihatannya bertudung termasuk dari Malaysia. Itu yang meyakinkan untuk terus makan...Hidangan makanannya banyak sekali macam untuk makan 20 orang, sedangkan kami 5 orang sahaja. Nasinya agak melekit dan makan menggunakan mangkuk kecil menggunakan chop stick...Kami terkial-kial, sehingga pekerja restoran tersebut memberikan sudu kepada kami..Antara menu utamanya ialah daging masak hitam, ikan masak sos, telur dadar, sayur kobis goreng, sup telor..Rasanya agak tawar berbanding masakan Malaysia yang pedas-pedas.

Restoran Muslim di Beijing

Selepas makan terus di bawa ke Dewan teater dengan menaiki van untuk menyaksikan pertunjukkan akrobatik. Ini adalah di antara tempat-tempat yang diwajibkan oleh kerajaan Cina untuk dilawati. Sangat sejuk.......Sempat membeli sarung tangan, topi dan selendang sementara menunggu pertunjukkan bermula. Masuk ke dalam dewan, kelihatan ramai pelancung asing berbangsa Inggeris dan arab. Ada orang menjual pop corn dan tertera tulisan halal. sepanjang pertunjukkan kami terpaku dengan kehebatan pertunjukkan yang tidak menampakkan sedikit pun kesilapan. Yang paling mendebarkan ialah bila tiga motosikal yang dipandu laju di dalam gelung besi seperti di dalam sebiji bola, tetapi tidak berlanggar antara satu sama lain walaupuan jaraknya hanya beberapa inci sahaja. hebat.....sangat mengkagumkan...

Selepas pertunjukkan, lebih kurang jam 9.30 malam kami di hantar ke hotel penginapan City Inn di tengah kota Beijing untuk berehat...Kami juga berbincang tentang program-program seterusnya sepanjang berada di Beijing seperti yang telah diemailkan kepada kami sebelum ini. Cuma satu permintaan kami yang tidak tercatat dalam program yang disediakan, ialah kalau boleh setiap hari bawa kami ke sebuah masjid yang berlainan yang ada di Beijing. Kami juga ingin melawat Masjid Nui Jui yang banyak sejarahnya dan telah kami kenali melalui pencarian di dalam internet. Jenny tidak keberatan dan berjanji untuk bertemu semula esok jam 8.00 pagi. Hotel tersebut menyediakan makanan halal.

Selepas solat subuh sarapan di hotel. Mimang ada makanan halal, tetapi disebelahnya makanan tak halal. Huh,,,bayangkan kalau senduk yang sama digunakan untuk menyeduk makanan yang tidak halal dan kemudian kita guna pula...rasa sejuk anak tekak. Untuk hari-hari seterusnya kami dah tak sarapan pagi di hotel..Sebenarnya banyak stok makanan kami bawa dari Malaysia, termasuk mee segera, biskut dan roti.

Dataran Tinanmen

Hari ke dua , jam 8.00 pagi Jenny dan pemandu van sudah terpacak di lobi. Dia ni sangat menepati masa....Ternyata pagi ini cuacanya sangat sejuk...Kami dibawa menaiki van menuju Dataran Tinanmen. Apa yang aku ingat suatu masa dahulu pada tahun 1989, pernah berlaku perhimpunan besar-besaran oleh pelajar universiti, aktivis dan cendekiawan selama berminggu-minggu di dataran tersebut untuk menuntut pembaharuan ke arah demokrasi....Dataran bersejarah yang mempunyai keluasan lebih kurang 100 hektar ini telah dibina pada 1415 iatu dalam era pemerintahan dinasti Ming. Tempat ini dikatakan sebagai dataran bandar yang ke tiga terbesar di dunia. Dataran Merdeka di Kuala Lumpur tak tahu yang ke berapa.....Orang penuh sesak di dataran ini berjalan berkumpulan iaitu merupakan para pelancong dari dalam dan luar negara. Dicelah-celah orang ramai sekali sekala kelihatan satu barisan soldadu dengan uniform lengkap berkawat merentasi lautan manusia.....Terdapat skrin besar yang memaparkan kempen-kempen pemerintah..Di hujung dataran tersergam bangunan pemerintah...kalau di Malaysia adalah bangunan Parlimen...Jelas terpampang wajah Mao Zedong yang merupakan pengasas Republik Rakyat Cina. Dicelah-celah lautan manusia ada para aktivis menyebarkan pelbagai risalah. Jenny menasihatkan kami jangan mengambil risalah tersebut, kerana sebahagiannya adalah risalah anti komunis... sekiranya kita memiliki risalah tersebut dan ditangkap oleh polis rahsia....ini akan menimbulkan masalah kepada kami... Semakin dihalang rasa ingin tahu semakin tinggi..namun tak dapat difahamai kerana semuanya dalam tulisan mandarin ....

Forbidden City

Dari Dataran Tinanmen terus ke Forbidden City (Kota Larangan) hanya melalui sebuah terowong bawah tanah..Di atas terowong tersebut ialah jalan lebuh raya yang sangat sibuk. Kami melalui pemeriksaan yang ketat oleh para soldadu yang beruniform lengkap....Sangat mengkagumkan kota purba ini. Kota larangan ini adalah istana rasmi Maharaja Cina bermula sejak zaman Dinasti Ming hingga ke akhir Dinasti Qing. Kota bersejarah ini dibina pada tahun 1406 hingga 1420 dengan keluasan 7.8 juta kaki persegi. menempatkan lebih 980 bangunan dan 8,707 bilik. Semua bangunannya masih dijaga rapi seperti keadaan asal. Kota ini dikelilingi oleh sungai. Pada masa itu sekiranya istana diserang oleh musuh, minyak akan dituangkan ke dalam sungai dan dinyalakan api. Pihak musuh sukar untuk memasuki kota tersebut. Kota larangan ini telah diistiharkan sebagai tapak warisan dunia pada 1987. Melalui penjelasan yang diberikan oleh Jenny, dalam masa pemerintahan beraja di China...sebahagian para kaisar telah menjalani kehidupan dengan sangat bermewah-mewah. Kami ditunjukkan bilik-bilik kaisar yang hidup bermewah-mewah, sehingga selimut dan pakaiannya dibuat dari sutera. Diceritakan ada kaisar yang mempunyai 3,000 isteri dalam satu masa. Pegawai-pegawai istana di kasi dan tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke istana tersebut. Sebab itulah kota tersebut dinamakan "Kota Larangan". Kehidupan para kaisar yang bermewah-mewah, sedangkan kebanyakkan rakyat hidup melarat dan ditindas. Akhirnya pada tahun 1911 rakyat memberontak Parti Komunis China telah menghapuskan Puyi, kaisar terakhir Cina. Diceritakan pada masa akhir hayat khaisar telah diberi tugas sebagai tukang kebun di taman botani di Beijing sebelum meninggal dunia tanpa meninggalkan waris...Inilah ibroh yang perlu diambil...dan diingati, bahawa sehebat mana pun suatu kerajaan akhirnya akan hancur, sekiranya banyak berlaku kezaliman dan penindasan....

Di sekitar Masjid Niu Jie

Seterusnya kami di bawa ke Masjid Niu Jie untuk menunaikan solat. Melalui sahaja Niu Jie Street, rasa sebak...Kelihatan para jamaah baru keluar dari masjid..Sebahagiannya berjalan kaki, sebahagiannya menaiki basikal..Sangat mudah dikenali kerana penampilan mereka memakai kupiah dan berjanggut panjang...Kebanyakkannya golongan tua. Di kawasan ini ramai orang Islam, terdapat Niujie Muslim Supermarket yang menjual barang makanan halal. Di sekitar ada penjaja yang menjual manisan dari campuran buah-buahan dan kacang. Kami mengambil peluang merasa dan membeli untuk dimakan dan dibawa pulang. Masjid Niu Jie adalahlah masjid yang harus dilawati kalau kita sampai di Beijing. Masjid ini adalah antara yang paling tua di Beijing, berusia lebih 1000 tahun. Masjid terbesar antara 68 masjid yang terdapat di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam ke China. Ia pernah ditutup pada zaman Mao Zedong. Di ruang solat bertemu dengan seorang imam, malangnya tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah ada sekumpulan anak muda tempatan yang sedang menuntut di Universiti Bejing sedang beritiqaf di masjid tersebut. Melalui mereka aku dapat banyak maklumat tentang keadaan Islam di China. Mereka adalah antara generasi baharu yang mula kembali semula kepada Islam yang telah dilupakan sebelum ini kerana dasar pemerentah China yang berusaha untuk menghapuskan semua agama pada zaman Mao Zedong. Orang Islam yang berusia di bawah 18 tahun dilarang untuk hadir ke masjid. Kelas-kelas agama ditutup. Di Masjid Niu Jei juga kami telah bertemu dengan seorang pelajar Malaysia, bekas pelajar Al-Irshyad Pulau Pinang. Beliau adalah antara pelajar Malaysia yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran untuk belajar bahasa Manderin di Universiti Beijing. Sudah fasih bertutur manderin. Beliau telah membawa kami ke Niujie Muslim Supermarket. Beliau telah menjadi penterjemah kami untuk membeli barang-barang keperluan di situ untuk stok hari-hari seterusnya...

Menaiki beca di sekitar Pub Street

Selepas makan kami pergi ke Pub Street...Ini adalah antara tempat-tempat yang diwajibkan oleh pemerintah untuk dilawati...Mulanya kami bayangkan tempat ini adalah kelab-kelab malam atau disko tempat minum arak.... Kami cuba mencari alasan agar tidak dibawa ke tempat tersebut...Jenny kata kalau tak pergi tempat ini mesti bayar sejumlah wang kerana pakej ini sebahagian kosnya adalah ditaja oleh pemerintah...Rupanya di kawasan tersebut, kita dikhendaki menaiki beca....macam di George Town Pulau Pinang...Inilah cara pemerintah hendak membantu golongan pengusha beca tradisional...Seronok juga menaiki beca melalui lorong-lorong sempit...di kiri kanan terdapat pub dan bar...Sekali-sekala melalui tepi tasik yang sangat memukau...Sekiranya berminat...bila menjelang malam bolehlah kembali mengunjungi tempat tersebut...Nauzubillahhi min zaliq......Menjelang malam kami di bawa ke gerai-gerai makan, seperti pasar malam di tempat kita..Tapi pasarnya lebih tersusun dan kemas...yang pasti tak ada makanan halal....hanya lalu sahaja. Di sekitar terdapat banyak kedai-kedai dan gedung membeli belah..Hanya membeli barang cenderamata dan melihat susana malam sahaja. Sedang duduk-duduk terserempak satu rombongan dari Kepala Batas, kebetulan melawat tempat yang sama..Seterusnya makan malam di sebuah restoran yang agak bersih dan menarik..Jam 9.30 malam kembali untuk berehat di hotel. Malam ini perlu tidur awal, kerana esok akan berjalan jauh keluar dari Beijing, iaitu Great Wall.

Hari ke tiga, seperti semalam jam 8.00 pagi Jenny sudah menunggu di lobi....Sebelum sampai ke Great Wall kami dibawa melawat pusat batu jed. Bangsa Cina (bukan Islam) sangat percaya dengan kelebihan batu jed, yang dikatakan membawa tuah. Sebagai orang Islam kita kena berhati-hati dengan kepercayaan ini. Silap kata, boleh membawa kepada syirik. Jed yang asli dan bernilai tinggi akan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Nilainya kadang-kadang lebih tinggi daripada emas. Batu jed yang berkualiti adalah batu di bahagian tengah, semakin ke bahagian luar nilainya semakin rendah. Biasanya pemandu pelancung akan membawa kita ke Pusat Jed terlebih dahulu sebelum ke pasar. Ini kerana kalau ke pasar dahulu pastinya kita akan beli batu jed di pasar yang harganya jauh sangat murah. Asli atau tidak asli tak penting....bukan nak buat harta pun. Lebih baik beli emas yang sudah pasti nilainya dijamin..Selepas itu kami di bawa ke Pusat menjual ubat tradisional Cina. Antaranya ialah ubat terbakar dan koyok. Sebelum datang ke China ada kawan beritahu kalau pergi ke Bejing jangan lupa beli ubat terbakar, katanya bagus...Saya pun beli ubat tersebut. Harganya agak mahal......

Seterusnya kami singgah di pusat menjual kain sutera. Bangunan di bahagian bawah adalah pusat membuat dan menjual tembikar cina. Seperti biasa semua barangan tembikar ini akan dikaitkan dengan Yang dan Yin, tuah, sumber rezeki, boleh diwariskan dan sebagainya....Itu yang harganya menjadi mahal...Namun jika dinilai dari sudut seni, terbukti sangat halus hasil kerjanya dan memerlukan kreativiti dan keteletian yang tinggi untuk menghasilkannya. Di tingkat atas terdapat pelbagai produk berasaskan kain sutera. Kain sutera ini juga akan dikaitkan dengan kesihatan, kualiti yang tinggi kerana sama seperti yang dipakai oleh para kaisar pada masa lampau. Ini termasuklah selimut, dan kain cadar. Huh tidur pun nak pakai selimut sutera...huh...harganya tentulah mahal...Bila kita pergi ke pasar kain sutera yang kelihatan betul-betul sama, harganya jauh lebih rendah....tapi cara mereka mempromosikan, kita boleh terpengaruh dan akan membelinya. Di pusat ini juga ada restoran halal yang besar dan juga bilik solat yang agak luas dan ada pekerja Islam yang menguruskannya. Kami makan tengah hari dan solat di situ. Kami dimaklumkan kompleks tersebut adalah milik kerajaan, dan merupakan antara tempat yang wajib dilawati.

Great Wall

Seterusnya kami menaiki van keluar dari Beijing menuju Tembok Besar Negeri Cina. Jaraknya lebih 100 KM. Inilah antara tempat yang sangat kami teruja untuk melawati. Siapa yang tidak pernah mendengar cerita tembok ini...Anak saya bertanya kepada Jenny, "Boleh tak saya nak berjalan dari mula hingga ke hujung Tembok Besar Negeri China ?". Jenny kata boleh...tapi jangan lupa bawa telifon. Nanti bila cukup tiga tahun dia akan datang menjemput....Ini adalah kerana setakat ini ada rekod orang yang berjalan kaki di sepanjang tembok tersebut menggambil masa tiga tahun untuk menamatkannya. Ini menunjukkan tembok tersebut sangat panjang....Akhirnya dari sayup-sayup kelihatan tembok yang panjang merentasi kawasan gunung-ganang, dan semakin lama semakin hampir... Sebenarnya banyak bahagian yang boleh kita masuk. Kami dimaklumkan bahagia yang kami akan tuju adalah di antara bahagian yang paling tinggi.. Sangat mengkagumkan...Sebahagian tembok besar ini telah dibina sejak kurun kelima sebelum masehi dan disambung dengan giatnya sehingga kurun ke 16 dalam dinasti Ming. Ia menganjur sepanjang 8,851.8 KM dari Shaiguan di timur hingga ke Tasik Lop di barat. Sangat kukuh dan ada bahagian-bahagian tertentu dibina tangga untuk naik ke bahagian atas.

Melihat seorang artis sedang melukis menggunakan jari

Di hadapan Restoran Salwa

Dalam perjalanan pulang singgah di Restoran Salwa. Pengurus restoran ini sudah pandai berbahasa melayu kerana, ramai pelancong dari Malaysia selalu singgah di restoran ini. Banyak kad-kad nama pengunjung dari Malaysia yang ditampal di ruang yang dikhaskan di hadapan restoran ini. Sampai di Beijing sudah malam dan terus balik ke hotel.

Hari ke empat.....Kali ini kami juga akan keluar dari Beijing iatu ke Nanshan di kawasan perkampungan di kawasan pergunungan untuk bermain ski. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Beijing melalui jalan lebuh raya akhirnya masuk ke kawasan perkampungan, dari jauh kelihatan tumpuk-tumpuk putih salji dan kereta kabel...Nanshan Skiting adalah kawasan bermain ski...Sekiranya salji tidak turun salji tiruan akan disediakan.... Sangat sejuk sampai menggigil...Kos untuk sewa peralatan kami sekeluarga dan seorang jurulatih untuk 2 jam lebih kurang 2,000 Yuen, lebih kurang RM1,000 duit Malaysia. Anak bungsu-bungsu saya merajuk-rajuk sebab tak puas bermain......

 

Meluncur Ski di Nanshan Skiting

Dalam perjalanan pulang singgah semula di Restoran Salwa, kerana di Nanshan tidak ada restoran makanan halal. Singgah untuk solat di Masjid Nan Dou Ya. Sebelah malam pergi ke pasar. Terlalu banyak barang tiruan seperti hand phone, i-pad, samsung galaxy, jam rolex dan sebagainya. Nampak sama...dan harganya sangat murah...Dari pengalaman aku beli telifon...sengaja nak try...betul-betul macam black berry......sampai rumah dua hari dah tak boleh guna....Sebelum pulang ke hotel singgah untuk melihat LED terbesar...Di bina di atas bumbung, antara dua bangunan seperti skrin komputer...Seolah-olah kita berada di dasar laut.....Terus balik ke hotel untuk berehat..

Masjid Nan Dou Ya

Hari ke lima....melawat Panda Zoo...Banyak panda tetapi semuanya asyik tidur sahaja...Selepas itu melawat Summer Palace (Istana Musim Panas) yang menjadi tempat kediaman maharaja cina pada masa lalu, terutama ketika musim panas. Istana tersebut terletak di tepi tasik yang luas mata memandang. Di tengah-tengah tasik tersebut dibina sebuah jambatan yang sangat cantik. Pohon-pohon di tepi tasik yang beralun-alun dahannya ditiup angin amat mengasyikkan. Seterusnya kami di bawa ke The Pearls, iaitu pusat menjual mutiara yang di keluarkan daripada perut tiram. Di pusat ini dijual pelbagai perhiasan dan krim kecantikan daripada mutiara. Harganya agak mahal....Solat di Masjid Madian. Seperti biasa sebelah malam kami di bawa ke pasar untuk mebeli barang-barang yang murah harganya..tetapi tidak dijamin keasliannya.

Zoo Panda

Melihat persembahan jalanan di sekitar Summer Palace

Sekitar Summer Palace

Di hadapan Masjid Madian

Disekitar Masjid Madian

Hari ke enam, melawat studium sarang burung. Mula-mula aku ingat di studium itu ada banyak sarang burung dan nak promosi sarang burung pulak...sebab setiap hari kami mesti di bawa melawat ke tempat-tempat yang mempromosikan barangan/produk Cina. Pandai sungguh mereka memasarkan barangan mereka sehingga kita rasa nak beli walaupun tidak ada dalam perancangan untuk membelinya sebelum itu. Rupa-rupanya ini adalah kawasan kompleks sukan semasa Sukan Olimpik Di Beijing pada tahun 2008. Studium utama tersebut dibina seolah-olah bentuk sarang burung. Pagi ini sangat sejuk hingga ke tulang belulang kesejukannya. Kami hanya berjalan-jalan sambil mengambil gambar. Kami juga dimaklumkan ada seorang jutawan dari Sabah yang telah membantu Cina dalam menyediakan kemudahan di semasa sukan tersebut. Beliau telah dibenarkan membuka syarikat permata berhampirang dengan kompleks sukan tersebut. Kami dibawa melawat ke pusat tersebut. Selepas itu kami di bawa ke Pusat Pisau. Sekali lagi Solat di Masjid Nan Dou Ya.

Di kawasan Studium Sarang Burung. Di belakang bangunan berkonsepkan ular naga

Hari ke tujuh, Bangun awal kerana pagi ini kami akan bertolak ke Tein Jein. Apabila membuka paip di bilik air, airnya sangat panas. putar kepala paip ke kanan ke kiri atas dan bawah, tatapi air masih sangat panas, boleh melecurkan tangan...... Terpaksa campur dengan air botol baru jadi suam dan boleh digunakan untuk mengambil wudu'. Apabila membuka tingkap kelihatan seperti hujan, rupa-rupanya pagi itu salji turun agak lebat di Beijing. Pokok-pokok, jalan dan bumbung kenderaan dipenuhi salji berwarna putih. Saya beritahu kepada anak-anak. Pagi itu kami cepat-cepat turun ke lobi hotel dan beg-beg telah siap untuk bergerak ke Tien Jein. Anak-anak sempat bermain salji dan mengambil gambar aksi bersama salji. Jenny mengarahkan kami cepat-cepat naik ke dalam van, kerana sekiranya salji tebal, lebuh raya akan ditutup, dan kami akan menghadapi masalah untuk ke Tien Jein dan kemungkinan akan tertinggal pesawat. Kami pun segera masuk ke dalam van menuju Tien Jein. Sepanjang perjalanan kami melihat banyak kereta yang terbabas dan berlanggar sesama sendiri kerana keadaan jalan yang sangat licin berpunca daripada salji tebal di atas lebuh raya. Akhirnya kami selamat sampai di Tien Jein. Cuaca sangat sejuk, terus di bawa ke pasar dan restoran muslim. Makan steam boat, yang panas-panas. Baru rasa hangat badan....Seterusnya bergegas ke Air Port....sekali lagi solat di airport. Di situ ada satu ruang untuk ibu-bapa dan anak-anak kecil. Kawasannya tertutup separuh, tetapi tidak ada orang di dalamnya. Kami menggunakan ruang tersebut untuk bersolat.

Salji di kawasan lobi hotel

Pasar di Tien Jein

Almuta'am AlIslami di Tien Jein

Jam 3.00 petang kami pun masuk ke dalam perut kapal terbang. Masih ramai penumpang yang belum masuk ke dalam kapal terbang. Kami dimaklumkan melalui corong oleh kapten kapal terbang bahawa penerbangan akan ditunda kerana menunggu penumpang-penumpang yang masih tersekat dalam perjalanan dari Beijing ke Tien Jein. Selepas lebih kurang satu jam menunggu akhirnya kapal terbang yang kami naiki meninggalkan lapangan terbang Tien Jein. Kami tidak tahu nasib para penumpang yang tertinggal....Selepas enam jam penerbangan kami sampai semula ke bumi Malaysia lebih kurang jam 11.00 malam.....Alhamdulillah.

Video Ziarah Umat Islam Beijing

Kembali Ke Ruangan Catatan