home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

 

 

Mengembara ke Bumi Ambia' Mesir

Catatan kembara ini ialah pengalamanku mengembara ke bumi Mesir pada hujung tahun 2012. Mulanya ingin berada di sana sebulan kerana nak memberi semangat kepada anak-anak yang sedang belajar di SMKA minat kepada bahasa Al-Quran. Cadangannya sambil ziarah ke bumi ambia' melihat tinggalan sejarah ingin membawa anak-anak bertalaqi dengan syekh di sana. Tetapi setelah mempertimbangkan beberapa perkara kami anak beranak seramai lima orang hanya berada di Mesir selama 12 hari. Kami bercadang untuk ke sana sendiri tanpa melalui rombongan pakej pelancongan. Berdasarkan pandangan rakan-rakan yang pernah belajar di timur tengah, rakan-rakan yang pernah mengembara ke Mesir dan google di internet akhirnya kami dapat menghubungi Kembara Sufi yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir. Alhamdulillah melalui pelajar Malaysia di Mesir dengan bayaran yang sangat berpatutan akhirnya urusan tempat tinggal, kenderaan, makanan, talaqi kembara semuanya berjalan dengan lancar dan sangat memuaskan. Mereka mengambil kami di airport di hari ketibaan dan menghantar semula ke airport pada hari terakhir meninggalkan bumi Mesir dengan penuh ukhuwah dan masih terus berhubung sehingga kembali ke Malaysia.

Check in di KLIA

Masuk ke dalam perut Oman Air

Seperti biasa, tiket ke Mesir kita boleh uruskan sendiri secara online. Setelah mebandingkan harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang boleh membawa kita ke Kaherah, akhirnya aku memilih Oman Air, kerana itulah yang paling murah pada masa tu, lebih kurang seorang RM 2,300 tambang pergi dan balik KL-Muscat-Kaherah termasuklah airport tax dan lain-lain tax. Pastikan check betul-betul masa isi tempahan online, jangan tersilap nanti masalah... Masa tu aku tersilap isi nama isteri aku binti Sajap (nama aku). bila dah print sangat susah nak dibetulkan dan akirnya aku habiskan masa sehari suntuk untuk betulkan semula di agent Oman Air di KLIA...Silap-silap tak boleh terbang. Setelah confirm tiket baru cari siapa-siapa yang boleh uruskan kita semasa di sana. Bila tarikh sudah ada senanglah mereka nak buat tempahan bilik, kenderaan dan sebagainya.

Untuk ke Mesir tak perlu buat visa kalau kita berada di sana kurang daripada 2 minggu, hanya perlu ada pasport yang masih ada hayat sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Untuk masuk ke Oman kita perlu buat visa. Tapi kalau pergi kurang dari sebulan dan bukan untuk tujuan berkerja atau berniaga boleh buat visa tu di airport Oman. Di airport beratur, bayar dan terus dapat visa. Melalui google dan melalui maklumat ustaz di Kembara Sufi akhir tahun di Mesir adalah musim sejuk. Jadi kami membawa baju tebal sikit. Ternyata bila sampai di sana kalau berjalan di waktu malam atau ketika keluar untuk solat subuh di masjid sangat sejuk....Kalau ada rancangan nak mendaki Gunung Senai pada masa itu memang perlu bawa baju tebal, sarung tangan, topi bulu dan lonjong...sangat sejuk....Kalau nak bawa duit, dalam USD, di sana boleh tukar ke Eygpt Pound (EGP) atau di Mesir disebut, geneh. RM100 lebih kurang sama nilai dengan 200 geneh. Kalau ada kad kredit visa card boleh maklumkan kepada pihak bank supaya diaktifkan sepanjang kita berada di sana. Ada juga bank-bank yang kita boleh keluarkan duit di sana menggunakan kad.

Kami bertolak ke KLIA sebelum subuh lebih kurang jam 5.30 pagi terus check in. Lepas selesai terus solat subuh dan sempat sarapan pagi di KLIA. Jam lapan bergerak masuk ke dalam perut pesawat Oman Air dan jam 8.45 pg berlepas meninggalkan KLIA menuju ke Muscat Oman. Kebetulan pesawat tak penuh, boleh duduk bebas, sikit. Perjalanan dari KLIA ke Muscat mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami sampai lebih kurang jam 3.30 ptg waktu Malaysia atau jam 11.30 waktu Muscat. Beza waktu Malaysia dengan Muscat ialah 4 jam. Airport di Muscat tidak terlalu besar dan agak lengang. Transit di Muscat 2 jam, masuk zohor terus solat jama' di tingkat dua. Jam 1.30 waktu Muscat atau 5.30ptg waktu Malaysia kami menaiki pesawat Oman Air yang lebih kecil menuju ke lapangan terbang Kaherah Mesir. Perjalanan dari Muskat ke Kaherah lebih kurang 2570 KM atau 3 jam 30 minit. Sampai di Kaherah jam 4.30 ptg waktu Kaherah atau 10.30 mlm waktu Malaysia. Keluar dari Airport dah masuk waktu maghrib...Nampaknya tak ada siapa yang menunggu. Terus telifon Ust Muaz, (No yang diberi oleh Kembara Sufi). Sebenarnya Ust Muaz on the way ke airport tapi, tengah terperangkap dengan kesesakan di Kaherah. Jadi sementara menunggu Ust Muaz sampai kami gilir-gilir solat di airport.

Transit 2 jam di airport Muscat sebelum meneruskan perjalanan ke Cairo

Di Airport Muscat

Lepas solat, Ust. Muaz sampai dengan sebuah van bersama pemandu, orang Arab. Ust Muaz ni orang Selangor, sambil belajar dia ni ligat juga berniaga. Mudah-mudahan balik Malaysia nanti boleh jadi ushawan Islam yang berjaya. Masuk ke Kaherah sama macam di Medan dan bandar Aman Jordan, bunyi hon kereta benget sekali. Trafik jem....jalan tersangkut-sangkut. Singgah di restoren Thailand, tapi tukang masak orang arab. Lepas makan tukar duit Eygpt USD400 lebih kerang dapat EGP 2,400. Kemudian di hantar ke rumah penginapan di Hayun Asyir (Seksyen 10) di Bandar Kaherah. Rumah ni terletak di kawasan penempatan Arab dan dimiliki oleh pelajar Indonesia yang bernama Ust. Miqdad. Ust. Miqdad ni pun ligat berniaga juga. Selain home stay ada juga syarikat dobi dan lain-lain. Kota Kaherah ni nampak berdebu dan berpasir walaupun pada waktu malam. Rumah ni ada dua bilik, ruang tamu dan dapur. Kalau nak membasuh pakaian dan nak memasak tak ada masalah. Kalau nak layan TV ada beratus-ratus chanel...Setelah berbincang dengan Ust. Muaz untuk aktiviti seterusnya kami pun berehat. Malam terasa sangat panjang dan menjelang subuh suara azan bersaut-sautan berdekatan dengan tempat tinggal....

Di ruang ketibaan di airport Cairo

Ust Muaz Selangor kiri dan seorang rakan dari Terengganu yang baharu kenal di kompleks pelajar Malaysia di Hayun Asyir Kaherah

Bangun awal dan pergi solat subuh di masjid Darul Iftal Riftaq berhampiran tempat tinggal, lebih kurang lima minit berjalan kaki. Sangat sejuk....Selain masjid tempat ini juga merupakan pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Kelihatan para jamaahnya sangat ramai dan terdiri dari pelbagai bangsa yang mungkin datang untuk menuntut ilmu di sini. Lebih kurang jam 7.00 pg Ust Muaz sudah muncul di hadapan pintu untuk menghantar sarapan (roti dan makanan arab). Jam 8.00 pg. muncul pula Ust Amin. Beliau yang akan membawa kami dengan kereta Avanza untuk putar-putar di sekitar bandar Kaherah. Ust Amin ni berasal dari Taiping Perak, sedang menuntut di tahun Akhir dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar. Nampak gaya Ust Amin ni memandu di Kaherah sudah cekap, sama tahap dengan pemandu Arab. Sudah pandai menggunakan isyarat tangan dan gerak-gerak mata kalau hendak meminta laluan untuk membelok ke kanan atau ke kiri daripada pemandu lain....

Naik kereta penuh macam ni pandangan biasa di kota Kaherah...

Lalu di hadapan Universiti Al-Azhar, berhenti dan mengambil kesempatan bergambar. Tak dapat belajar di Al-Azhar dapat bergambar pun alhamdulillah....Seterusnya kami di bawa melawat ke Citedel Of Salah El-Din iaitu bekas kubu Salahuddin Al-Ayubi. Ianya merupakan kubu terbesar di benua Afrika yang telah dibina pada tahun 1176M. Dari atas puncak kubu tersebut kita boleh melihat pemandangan penempatan kota Kaherah yang padat itu. Di kawasan kota ini juga terdapat sebuah masjid yang sangat indah iaitu Masjid Ali Pasha. Masjid ini juga dipanggil Masjid Marmar. Disebelahnya tersergam Istana Jauhara, Muzium Tentera dan muzium Polis. Ramai pelajar-pelajar sekolah dari luar Kaherah datang dengan rombongan-rombongan. Mungkin nampak kami pelik, mereka datang kepada kami tanya itu dan ini. mereka tak tahu di mana Malaysia. Aku pun jadi cikgu geografi, lukis atas kertas peta dunia dan aku terangkan negara-negara yang sepatutnya mereka tahu. Ramai datang kerumun dan minta ambil gambar sekali....

Di hadapan Al-Azhar University

Citedel Of Salah El-Din

Bercerita dengan rombongan pelajar-pelajar arab.....

Remaja arab dan anak-anak aku...speaking arab...

Masjid Ali Pasha

Selepas masuk waktu tengahari bergerak menuju ke Masjid Imam Syafie. Sebelum keluar dari kawasan kubu Salahuddin Al-Ayubi melalui hadapan masjid empat mazhab, hanya lalu dan ambil gambar dari dalam kereta...tak berhenti, kerana susah nak cari parking. Sebelum sampai ke masjid Imam Syafiie, kita akan melalui kawasan pasar yang sangat sesak di kanan kiri jalan. kelihatan beranika jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan bersaiz besar-besar. Kobisnya punyalah besar... kalau nak simpan dalam peti ais mungkin tidak muat. Sempat singgah di sebuah gerai menjual air buah-buahan. Paling tak boleh aku lupa ialah 'cocktail' iaiatu, campuran jus pisang, mangga, oren, buah delima dan buah-buahan lain. Memang best...Boleh katakan tiap-tiap hari semasa berjalan di Mesir aku akan cari cocktail...memang best....Alhamdulillah.

Kedai jus buah-buahan

Cocktail...memang best....Alhamdulillah....

Jalan menuju Masjid Imam Syafie agak sempit dan kurang bersih sikit...harap Presiden yang baharu Dr. Morshi dapat merubah keadaan ini. Ini adalah masjid seorang ulama' besar...Orang- orang Malaysia yang bermazhab Syfie tentunya sangat menghormati beliau. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menziarahi makam Imam Syafie, yang tak asing namanya kepada kita...yang telah dilahirkan pada tahun 150H. Kebetulan masa kami sampai, kami telah berjumpa dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir yang sedang melawat makam Imam Syafie. Binaan dan ukiran masjid ini juga indah dan dihiasi dengan pelbagai corak arabesque. Di sebelah makam Imam Syafie ialah makam Sheikh Zakaria Al-Ansori. Kami pun solat jama' zohor dan asar berjamaah di situ. Dari Masjid Syafie kami meneruskan perjalanan untuk melawat Masjid Amru Al-Ars, merupakan masjid pertama di Afrika yang dibuka oleh sahabat nabi.

Makam Imam Syafie dan makam Sheikh Zakaria Al-Ansori di Masjid Imam Syafie

Bersama seorang Sheikh...di Masjid Imam Shafie

Di hadapan Masjid Amru Al-Ars, merupakan masjid pertama di Afrika yang dibuka oleh sahabat Nab SAW

Oleh kerana waktu masih terang kami terus menuju ke Masjid Saidina Hussain. Di sekitar masjid tersebut ialah pasar Khan Khalili. Kami pun berpusing-pusing di sekitar pasar Khan Khalili yang telah berusia lebih 650 tahun dan antara pasar terbesar di Mesir. Masuk ke dalam masjid Saidina Hussain.... Di dalam masjid tersebut terdapat makam Saidina Husain. Terdapat ramai yang menzirahi makam ini membacakan syair dan berdoa beramai-ramai....Makamnya terjaga, bersih berbanding makam Imam Syafie yang kami ziarahi sebelum ini. Oleh kerana ketiadaan parking, Ust Amin menunggu di kereta dan berpusing-pusing di sekitar masjid Husain.

Di hadapan Masjid Saidina Husain..

Roti arab.....Di sekitar Masjid Husain ialah pasar Khan Khalili

Selepas bertemu semula dengan kereta Ust. Amin, terasa lapar..pulak....Ust Amin membawa kami ke sebuah restoran Cina di Kaherah yang selalu menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia. Ternyata apabila sampai di restoren tersebut bertemu dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang baru balik dari main futsal sedang makan. Kebanyakkannya adalah dari pengajian perubatan..Mee di sini dibuat sendiri. Nampak dari tingkap atas pekerjanya sedang menebar mee..Sementara menunggu makanan siap solat maghrib di masjid berhampiran. Masjid tersebut nampaknya kecil sahaja tetapi menaranya tinggi. Kalau berjalan di Kaherah ni kita akan melihat ribuan menara masjid di sana-sini. Kadang-kadang masjid tu sambungan dari bangunan kedai sahaja...Balik dari masjid mee pun masih belum siap..Wuh...lamanya. Oh patutlah lama...rupanya bila sampai satu pinggan mee macam nak makan tiga orang..Punyalah banyak....Terus balik ke rumah penginapan untuk beristirehat dan berjumpa dengan dua pelajar Malaysia (anak kawan di Penang) dari Universiti Tanta yang berjanji nak datang ke rumah kerana untuk mengambil barang-barang yang dikirim oleh keluarga di Penang. Malam tu mereka sampai di rumah dan kami serahkan barang-barang....Nampaknya mereka seronok sekali menerima kiriman barang dari ibu bapanya....Mereka bermalam di rumah kerana esok mereka ada program di Masjid Al-Azhar. Malam ini perlu tidur awal kerana esok akan mengembara jauh, keluar dari Kaherah menuju Senai dan Taba.

Bersama anak kawan yang sedang menuntut di Universiti Tanta di hadapan homestay kami di Hayun Asyir

Bangkit pagi awal, terdengar suara dua anak kawan sedang mengaji quraan di bilik sebelah.....sejuk hati. Aku pun ajak solat subuh di masjid berhampiran rumah. Jam 7.00 pagi Ust. Muaz sudah berada di pintu rumah menghantar sarapan...dan memaklumkan pengembaraan hari ini..Keluarga kami akan joint dengan satu keluarga dari Terengganu yang kebetulan akan menuju ke tempat yang sama....Kami berkumpul di kompleks pelajar Malaysia di Hayun Asyir di seberang jalan tempat penginapan kami. Pagi ni sekali lagi Ust Amin yang akan membawa kami dengan menaiki coaster yang dipandu oleh Pak Arab....menuju ke bahagian timur. Keluarga dari Terengganu itu ialah En Wan Mohammad bersama isteri dan 5 orang anak, yang telah sampai dahulu ke Kaherah...Dia ni ushawan, antara orang kuat NAZA...

Keluar dari kota Kaherah melalui Terusan Suiz yang menjadi laluan kapal-kapal dagang dari timur dan barat...kami melalui trowong Ahmad Hamdi bawah tanah (bawah air) untuk menyeberagi terusan tersebut. Perjalanan diteruskan melalui semenanjung Sinai yang dikelilingi oleh padang pasir dan bukit-bukau dari batu-batu keras. Kami akan bergerak dari satu check point ke satu check point secara berkonvoi dengan pengembara-pengembara lain demi menjaga keselamatan. Konvoi kami akan diiringi oleh trak prisai yang dipandu oleh soldadu Mesir yang lengkap bersenjata. Kami terpaksa berhenti menunggu sehingga beberapa jam di check point sebelum dapat meneruskan perjalanan ke check point seterusnya. Sempat solat jumaat di sebuah masjid berhampiran kem askar. Khatib yang baca khutbah lengkap mamakai uniform tentera. Sebelum sampai ke Taba kami telah singgah di kawasan telaga Musa. Di situ ramai penduduk badwi menjual pelbagai cenderamata di bawah khemah-khemah yang dibuat dengan pelepah tamar.

Selepas melepasi Terusan Suiz menuju ke Senai kenderaan pengembara akan bergrak dalam konvoi dan diiringi oleh kenderaan tentera yang lengkap bersenjata...untuk keselamatan

Berhenti di salah satu check point....untuk pemeriksaan

Menjelang maghrib, kami sampai di Taba, iaitu sebuah bandar pelancungan di tepi pantai laut Merah. Banyak hotel dan palancung dari barat mundar-mandir di sini. Di sini terdapat kubu Salahuddin Al-Ayubi yang dibina di tengah-tengah laut Merah. Kami turun dari coaster dan melihat sempadan Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Lebih kurang 100 meter kelihatan tentera-tentera Israel sedang berkawal di sebalik pagar berduri..Walaupun tempat tersebut ditulis sempadan Israel, tapi katakan tidak...sebenarnya Palestin, negara Palestin. Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan di St. Katerina. Sampai di situ kami makan dan membeli peralatan seperti lampu picit, bekalan makanan dan sebagainya untuk persiapan mendaki gunung tursina menjelang 12.00 malam. Selepas tidur selama 2 jam kami bangun dan bersiap untuk mendaki.

Di Taba...sempadan Palestin. Di atas bukit di bahagian belakan tentera Israil sedang berkawal

Kubu pertahan Salahudin Al-Ayubi di tengah laut Merah..Dari sini kita boleh lihat Palestin, Jordan dan Arab Saudi

Dengan menaiki coaster ke kaki gunung, kelihatan ratusan pengembara sudah memulakan pendakian..Dengan dipandu oleh seorang sherpa (pemandu jalan) kami memulakan pendakian dengan berjalan kaki. Sampai dipertengahan jalan anak aku dah tak larat..kami pun menaiki unta dengan bayaran 100 geneh seekor...Sebelum sampai ke puncak kita akan melalui beberapa check point. Di setiap check point kita boleh berehat sambil membeli makanan atau air panas..Sampai di check point terakhir kami tidak boleh menaiki unta dan terpaksa berjalan kaki. Alhamdulillah menjelang subuh kami telah sampai ke puncak gunung Sinai. Masuk menumpang di dalam khemah badui yang menjual makanan. Beli air panas dan tumpang solat subuh di situ. Sejuknya sampai ke tulang-belulang.

Alhamdulillah...menjelang subuh sampai di puncak Gunung Senai...sangat sejuk.... Tumpang solat di khemah badui yang jual makanan...

Sungguh indah pemandangan di atas puncak gunung Sinai..Subhanaallah...Alhamdulillah..Allahuakbar..Terdapat sebuah Musalla dan sebuah gereja. Di sebelah musalla terdapat satu ruang yang dipercayai sebagai tempat Nabi Musa bermunajat dan mendapat wahyu. Aku dan anakku yang bungsu mengambil kesempatan untuk turun ke dalam ruang tersebut dan bermunajat kepada Allah SWT. Kelihatan ratusan pendaki sedang berdoa mengikut kepercayaan masing-masing..Ramai yang membalut badan dengan selimut tebal kerana sangat sejuk, terutama apabila dihembus oleh bayu...Menjelang siang kami mula menuruni gunung Tursina dengan rasa penuh kepuasan. Sekali lagi menaiki unta dan sampai ke kaki gunung lebih kurang jam 10.00 pagi. Melawat St Katherine's Monastery/Gereja terbesar di Afrika. satu masa dahulu gereja ini telah diubah menjadi masjid..salah satu menaranya masih menampakkan ciri-ciri sebuah menara masjid.Terdapat 'Bi'rul Musa' di dalam gereja ini.Pulang ke tempatan penginapan dan bersia-siap untuk check out...Menziarahi makam Nabi Harun, Makam Nabi Soleh, melawat ke penyembahan lembu samiri...

Bersama Ustaz Amin Taiping yang membawa kami sampai ke puncak Gunung Senai

Di puncak gunung Senai...

Tempat Nabi Musa bermunajat.....

Mula bergerak turun bersama pengembara-pengembara lain...

Dah tak larat jalan...sambung perjalanan dengan menaiki unta

Dipercayai bekas perkampungan Nabi Soleh...

Dari St Katherina perjalanan diteruskan menuju ke Dahab menyelusuri tepi Laut Merah. Menjelang waktu asar sampai di Dahab dan checkin di sebuah resort di tepi pantai menghadap Laut Merah. Banyak kedai-kedai dan restoren menjual makanan laut. Ramai pelancong barat mundar-mandir di kawasan ini. Anjing pun banyak berkeliaran. Tak nampak islamik, walaupun di Mesir...Kebanyakan restorennya juga menghidangkan arak, walaupun pengushanya Islam...Namun terdapat sebuah masjid di tengah-tengah pekan Dahab ni boleh juga solat berjamaah...Kami sekeluarga berjalan melihat-lihat sambil membeli sedikit cendera mata dan mengambil gambar. Keesokan pagi kami menaiki bot menyelusuri Laut Merah untuk melihat batu karang dan ikan-ikan yang sangat cantik..melalui air laut yang sangat jernih..Subhanallah....Oh itulah yang ramai orang putih dok bersidai kat tepi pantai..dan snorkeling...

Menyelusuri laut merah yang jernih di pantai Dahab...

Naik bot sambil tenguk ikan dan batu karang

Cantiknya batu karang dan ikan di Laut Merah.....

Balik ke resort sarapan dan berkemas-kemas untuk pulang ke Kaherah. dalam perjalanan pulang singgah di Sham el-Sheikh untuk makan tengah hari solat dan membeli sedikit cenderamata di shauk yang lebih besar dan banyak jika dibandingkan dengan di Dahab. Di kawasan ini pun banyak pelancong barat. Seperti di Dahab banyak juga di sini tempat-tempat untuk orang barat berhibur. Sebab itulah Imam Al-Bana mendapat tentangan di Mesir. rupanya masih ramai orang Islam di Mesir yang berfikir dan hidup macam orang barat...Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Kaherah semula lebih kurang 10.00 malam. Singgah di cyber cafe dan balik ke rumah penginapan.

Shouk di Sham el-Sheikh

Masakan arab...

Bersama imam Masjid Al_Suhada' di di Sham el-Sheikh

Hari ke enam, di Kota Kaherah seperti biasa selepas solat subuh, sarapan dan bersiap untuk meneruskan pengembaraan. Kali ini Ustaz Muaz Johor yang membawa kami berjalan dengan kereta Avanza. Rupa-rupanya ayahnya ialah kawan aku yang juga pensyarah di IPG Batu Pahat...Terus menuju ke Giza...melalui kawasan pertanian. Banyak pokok-pokok kurma yang sedang berbuah lebat dan ranum..Di Giza terdapat tiga piramid yang besar dan kukuh iaitu Piramid Kufu, Kufra dan Mangkara yang berusia lebih 7000 tahun...Di sekitar kawasan piramid itu juga terdapat Spinx yang dah pecah sikit....Ramai pelancung di kawasan ni...Ramai juga remaja-remaja arab nak bergambar dengan kami....

Remaja-remaja arab dan anak aku....

Di hadapan Spinx, Piramid Kufu, Kufra dan Mangkara

Di bahagian bawah piramid...

Dari Giza terus menuju ke kilang Asfur...Kalau nak tahu tempat ni syurga untuk orang perempuan menjamu mata...banyak sekali barang-barang perhiasan daripada kristal yang cantik-cantik...dari yang berharga puloh ringgit sampai ratus ribu ringgit. Dikatakan inilah kilang kristal yang terbesar di benua Afrika...Ada tiga tingkat rasanya..Aku sekadar duduk tenguk...je...Lamalah jugak.....duk di situ...tunggu isteri dan anak-anak aku beli.....sampai nak nak maghrib...nasib baik dah solat jama'...Dari Asfur singgah makan di restoran arab, makan roti...terus balik ke rumah penginapan.

Kilang Asfur yang menjual kristal terbesar di benua Afrika...

Asfur...

Hari ke tujuh sekali lagi Ustaz Muaz Johor bawa kami untuk perjalanan yang agak jauh keluar dari Kaherah menuju Iskandaraih...atau pelajar di seni selalu sebut Alex....ke utara lebih kurang 250 KM melalui lebuh raya..Kena bayar tol 4 geneh (RM 2). Murahnya....kalau nak banding tol di Malaysia..Dalam perjalanan singgah di perkampungan singa...Banyak singa tapi dalaam kandang..ha ha. Sampai di Iskandariah tengahari..Terus menuju ke Qal'ah Qaitbey (kubu pertahanan) yang telah dibina tahun 1480 semasa pemerintahan Sultan Qaitbaey. Kubu ni masih kukuh di persisir laut Mediternien...Di Iskandariah ni udaranya segar, bersih, dingin..best.. Jumpa seorang pelajar perubatan Malaysia, namanya Malisa.....hantar barang-barang yang dikirim keluarganya. Barang-barang termasuk makanan laut di sini murah..Kalau dapat belajar di sini memang best...Sempat zirah masjid dan makam Sheikh Abu Abas Al-Mursi..Seterusnya ziarah Masjid dan makam Imam Busyairi iaitu penulis Buldah...Solat jama'...Sebelum balik ke Kaherah ziarah masjid dan makam Nabi Danial dan makam Lukman Al-Hakim..Terus balik ke Kaherah dan sampai rumah tengah malam....

Ziarah masjid dan makam Sheikh Abu Abas Al-Mursi.serta Masjid dan makam Imam Busyairi di Iskandariah

Dari atas kota Sultan Qaitbaey menghadap laut Mediternien...

Hari ke lapan menuju ke selatan..ke bandar Fayyoum yang jaraknya lebih kurang 150 KM. Kali ni Ustaz Amin pula yang bawak kami..melalui kawasan perkampungan dan pertanian. Sampai di satu check point, telah ditahan oleh soldadu Mesir. Mereka minta dokumen-dokumen...Setelah berbincang-bincang rupa-rupanya satu trak askar (6 orang) siap dengan senjata rifel escort kereta kami...Biar betul...Kat Malaysia rasanya seumur hidup aku sekali je polis escort aku.. Itu pun naik bas masa nak gi haji tahun 1995 dari Kelana Jaya ke Air Port Subang...Ikut belakang trak askar Mesir lalu kampung-kampung berdebu, ladang anggur, kebun zaitun akhirnya sampai ke perkampungan dan istana Qarun yang ceritanya ada dalam Al-Quran..Hala balik singgah ambil gambar di sekitar Tasik Qarun yang baunya agak busuk...Terus menuju ke Bandar Fayyoum..Trak soldadu yang iring kami masih lagi bergerak di hadapan kami. Sampai di tengah Bandar Fayyoum tengah hari, terus melawat kincir air nabi Yusof..Singgah jalan-jalan di tengah bandar Fayyoum...yang agak sibuk. dengan tut-tut, bas, kereta kuda dan pelajar-pelajar balik sekolah. Sebenarnya kami rimas dengan soldadu yang masih menunggu kami...Setelah Ustaz Amin bincang dan bagi sedikit dolar...akhirnya trak soldadu tu pun beredar...barulah rasa selesa sikit...Terus balik semula ke Kaherah, singgah makan di Restoren Hosany..agak canggih...makan nasik sumbat dalam burung...sedap...Alhamdulillah. Tengah malam balik ke rumah penginapan....

Sebahagian tingalan istana Qarun...

Trak soldadu yang membawa kami melalui perkampungan di Fayyoum

Di tepi tasik qarun...harta benda qarun yang telah tengelam...

Kincir air Nabi Yusof masih dijaga di tengah-tengah bandar Fayyoum

Fayyoum adalah antara kawasan pertanian yang subur di Mesir

Di tengah bandar Fayyoum

Nama makanan ni tak ingat..nasi arab di masukkan dalam burung dan dipanggang

Hari ke sembilan, ambil kesempatan bertalaqi dengan Sheikh..di sebuah markaz dekat dengan Kompleks Pelajar Malaysia di Hayun Asyhir..Alhamdulillah...dapat jugak rasa mengaji di bumi Mesir. Ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil kesempatan bertalaqi di markaz ini. Sebenarnya markaz ni tuannya orang Malaysia..Ustaz dari Kelantan dah lama keluarganya duduk di Mesir ni... Selepas talaqi makan di restoren Malaysia di kompleks pelajar. Sebelah petang main internet di cyber cafe...

Bertalaqi....

Bersama Sheikh talaqi...

Hari ke sepuloh, Ustaz Muaz bawak kami jalan ke sekitar Sungai Nil..tak.naik bot lagi..Lepas tu pergi ke Medan Tahrir, tempat orang tunjuk perasaan masa nak jatuhkan Husni Mubatrak dulu..Tempatnya taklah luas sangat..Rasanya Dataran Merdeka besar lagi..Kebetulan masa pergi ke Tahrir tu ada tunjuk perasaan oleh kumpulan yang menentang Preseden Dr. Morshi...tapi tak ramai pun. Aku siap beli keledek bakar manis dan ambik gambar...OK aje...Lepas tu pergi melawat Muzium...mahal juga nak masuk..Di sinilah ditempatkan segala patung firaun dan mumia....Daripada orang, tua, bayi, buaya, kucing, ikan semua dijadikan mumia..Di muzium ini tidak dibenarkan mengambil gambar. Pergi solat jumaat..ramai jumpa pelajar Malaysia....Sebelah petang pergi lagi Asfur...Apa lagi? tak cukup lagilah nak beli kristal...Pergi lagi ke pasar Khan Khalili membeli oleh-oleh untuk nak bawak balik. Malam solat dan i'tiqaf di Masjid Al-Azhar...sebelum pulang ke rumah.

Menyelusuri Sungai Nil...

Hari ke sebelas, melawat makam para sahabat dan keterunan Rasulullah SAW, dan para ulama' terkenal di Mesir termasuk makam Imam Hassan Al-Bana. Sebelah petang menyelusuri Sungai Nil menaiki bot. Sebelah malam sebelum balik membeli buah-buahan di kedai buah.

Bersama Ustaz Muaz Johor tengah dan Ustaz Nik di makam Imam Al-Sahid Hassan Al-Bana

Hari ke dua belas, sebelah pagi kami berkemas-kemas untuk pulang......Lebih kurang jam 12.00 tgh waktu Kaherah kami pun menuju ke Cairo Airport bersama Ustaz Muaz Johar...Alhamdulillah..Terima Kasih Ustaz Muaz Selangor, Ustaz Amin Taiping, Ustaz Muaz Johor, Ustaz Mikdad Indonesia dan lain-lain yang telah banyak membantu kami sepanjang berada di bumi Mesir. Semoga dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu..dapat menamatkan pengajian dan kembali berkhidmat di tanah air..Sangat sayu dan terharu...entah bila boleh sampai kembali ke bumi ini...

Solat di mana-mana walau di tempat parking

Nak balik dah.....

IIal-liqa'......

Kembali Ke Ruangan Catatan