home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

 

 

Membawa Anak-Anak Umrah

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada cuti pertengahan semester 2007 bersama rombongan Dr. Nazmi kami sekeluarga telah berpeluang sampai ke bumi Makkah al-Muqaramah untuk menunaikan umrah.. Tertunailah niat ku di hadapan Ka'bah, di Safa dan Marwa, lebih kurang 12 tahun lalu....Masa itu tahun 1995, semasa aku bercuti menyambung pengajian dan setelah lima tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah pelbagai usaha, tetapi nampaknya masih belum diberikan rezeki...

Akhirnya pada tahun 1994, aku dan isteri telah mendaftar untuk menunaikan haji, dan dapat bertolak ke Makkah pada tahun berikutnya. Masa tu tak perlu tunggu lama. Teringat kata-kata Ustaz Alias Zakariah, Pengarah Pusat Islam USM pada masa itu, katanya; berdoalah apa sahaja di Makkah insya'allah akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semasa duduk di atas batu-batu di Safa melihat ada jamaah yang membawa anak-anak, di dalam hatiku berdoa sekiranya aku dikurniakan anak, insya'Allah akan ku bawa menziarahi Baitulallah ini.

Alhamdulillah, setelah kembali dari Makah, kami terus dikurniakan cahaya mata, seorang demi seorang. Setelah anak yang sulong masuk tahun enam baharulah dapat kami membawa mereka ke Makah yang penuh dengan keberkahan.

Madinah... di luar Masjid Nabi

Di tempat penginapan di Madinah sebelum betolah ke Makah

Di tingkat atas Masjidil Haram di hadapan Ka'bah

Melawat ladang kurma

Melawat ladang unta

Melawat kilang Al-Quran

Menuju ke Gua Hira'

Arafat

Jedah

Bersama ahli keluarga lain di Jedah

Sampai di KLIA

Semoga dapat kembali ke Makah...