home
profil
kertaskerja
artikal
sumber
galeri
album
catatan
tazkirah
pautan

 

 

Ziarah ke Bumi Jordan

Alhamdulillah pada cuti pertengahan semester 2007 bersama rombongan Dr. Nazmi kami sekeluarga telah berpeluang melawat bumi Jordan yang mempunyai banyak sejarah umat-umat yang terdahulu. Banyak cabaran yang kami hadapi sebelum dapat sampai ke sini. Pelbagai perancangan terpaksa diubah kerana masalah birokrasi terutama bagi mendapatkan visa. Perancangan utama kami ialah untuk menunaikan umrah dan akan singgah ke Jordan dalam dua hari sahaja. Di saat-saat akhir sebelum bertolak pihak kedutaan tidak mengeluarkan visa. Sedangkan tiket perjalanan sudah dibayar dan di tempah. Kami telah membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan walaupun tak dapat visa. Pada mulanya kami akan berlepas sampai ke Bangkok sahaja. Namun kami teruskan juga sampai ke Jordan. Di Jordan kami berbincang bagi mendapatkan visa untuk memasuki Makah. Di Jordan kami sentiasa berbincang untuk mendapatkan visa tersebut. Segala keputusan dari perbincangan tersebut, tindakan akan diambil. Tugas saya banyak kepada hal-hal berkaitan dengan mendapatkan bahan untuk di masak. Ringgit Malaysia tak laku di Jordan. Nasib baik bawak USD lebih sikit. Sebab ramai rakan-rakan yang tukar USD sikit sahaja sebab perancangan awal hanya singga sekejap sahaja di Jordan ni. Ala kuli hal...berkat doa dan kesabaran serta sikap tolak ansur sesama ahli rombongan semua masalah yang berat dapat kami atasi. Sampai satu peringkat orang yang paling kami hormati di dalam rombongan kami iatu Baba (seorang guru pondok di Patani) meminta kami semua mengerjakan solat tobat, sujud syukhor dan solat hajat bagi menyelesaikan segala kebuntuan. Alhamdulillah setelah berada seminggu di bumi Jordan dengan pertolongan Allah SWT akhirnya kami telah memperolehi visa yang diperlukan melalui cara yang tidak boleh dibayangkan oleh logik akal. Tetapi itulah ketetapan dan perancangan Allah. Jika Allah khendaki ada jalan untuk kita mendapatkannya. Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat meneruskan perjalanan ke bumi Makkah dengan selamat.

Menaiki Air Asia dari KLIA ke Bangkok...anak sebelah tu sedang enak makan mee segera. tak tahu apa yang aku sedang fikir...visa untuk memasuki Makkah belum diperolehi..

Di Bangkok Airport

Alhamdulillah sampai di Terminal bas Aman Jordan. Agak sejuk...

Melawat makam Nabi Suib

Lembah Suib..kawasan pertanian yang subur di Jordan

Mandi di Laut Mati.. Di seberang sana ialah Israel

Di kawasan Gua Ashabul Kahfi

Kota Lama di zaman empayar Rom masih tersergam kukuh

Kalau di KL tempat ini macam Dataran Merdekalah. Ramai orang lepak-lepak.

Di pejabat Al-Munasoroh. iaitu satu badan NGO di Jordan yang menjadi penghubung di dalam menyalurkan bantuan kepada anak-anak Yatim Palestin

Alhamdulillah dapat bertemu dengan Syekh Rasyhat, imam Masjidil Aqso yang kini berhijrah sementara di Jordan kerana tindakan kejam Yahudi. Beliau adalah salah seorong keturunan Rasulullah. Keturunan Rasulullah sangat menjaga nasab keluarga mereka kerana keluarga Bani Hashim tidak layak untuk menerima zakat dan sebagainya. Kami telah diraikan oleh beliau dengan menum syai' (teh arab)

Kembali Ke Ruangan Catatan